Sunday, August 2, 2009

Amar Ma'ruf Nahi Munkar

Alhamdulillahirabbilalamin wassalatuassalam wa'ala asyrafilanbiya'iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya sebagai hamba Allah yang dicipta di bumi-Nya hendak memperingatkan kepada seluruh umat Islam di dunia ini supaya sentiasa mengikut perintah Allah dan menjauhi larangannya. Dan kepada manusia yang beragama Islam, disini saya hendak memberitahu antum semua mengenai cara-cara untuk mencegah kemungkaran walaupun telah diberitahu banyak kali.Kalau kta tengok skrg nie banyak kemungkaran walaupun kecil macam menipu, 2 jantina bertemu tanpa sebarang perkara yang hendak dibicara dan banyak lagilah.We will start now.

Dalam satu hadis yang telah diriwayatkan ole Muslim:
"Daripada Abu Said Al-Khudri radhiallahu 'anhu, beliau berkata: aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya dia tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah dengan hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman."

Cara-cara bagi mencegah kemungkaran ialah:
  1. Ubah dengan tangan: Bermaksud dengan menggunakan kuasa yang ada pada seseorang mengikut jawatan atau bidang. Contohnya seperti guru yang sedang mengajar didalam kelas. Dalam masa yang sama juga seorang anak muridnya sedang bermain dialam kelas. Cikgu berhak untuk mengubahnya dengan apa cara sekalipun melainkan yang malampaui batas. Contohnya mencubit anak muridnya kerana melakukan kesalahan. Dan jika cikgu mendenda kita dengan cara yang tidak melampaui batasnya, janganlah kita melawan balik kerana ia adalah kasih sayang cikgu kepada kita supaya kita menjadi anak murid yang berguna.
  2. Ubah dengan lidah: Bermaksud dengan menasihati seseorang supaya menjauhi kejahatan. Contohnya jika kawan kita membuat kesalahan walaupun ia kecil, kita perlu mengubahnya dengan menegurnya dengan berhikmah supaya kawan kita dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.
  3. Ubah dengan hati: Bermaksud membenci perkara buruk yang telah dilakukan oleh sesiapa sahaja dan berazam supaya menjauhi kemungkaran. Dalam hadis tadi ia mengatakan bahawa ubah dengan hati itu selemah-lemah iman kerana ia hanya memberi 'EFFECT' yang baik kepada kita sahaja dan kemungakaran itu masih berlarutan.
Apa yang baik daripada Allah. Apa yang buruk juga daripada Allah tapi disandarkan oleh ana sendiri. Dan terimalah nasihat sesiapa dengan hati yang terbuka supaya lebih mudah untuk kita menerimanya.

Sehingga sini sahaja kata-kata saya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

0 comments: